HARI ESOK

Saturday, July 21, 2007

Merdeka atau Penjajahan

50 tahun merdeka atau 50 tahun penjajahan?

Untuk menjawap soalan ini perlulah kita lihat sejarah.

Penjajahan ke atas bumi Islam ialah akibat dari pemusuhan antara Islam dan bukan Islam yang bermula dari penderhakaan Iblis, ketua bukan Islam, kepada Allah dan akan berterusan sehinggalah hari akhirat.

Bila bukan Islam dapati bahawa mereka lemah dan mungkin akan dikalahkan mereka mengambil strategi baru: beri ‘kemerdekaan’ kepada tanaha jajahannya.

Apakah mungkin bukan Islam memberi kemerdekaan sebenar kepada Negara-negara Islam? Jawapannya ialah :

“England bersedia memberikan kebebasan politik (kemerdekaan) kepada semua tanah jajahannya, apabila wujudnya satu generasi intelektual yang telah diserapkan dengan budaya barat telah bersedia untuk mengambilalih pemerentahan, tetapi mereka tidak akan mengizinkan sama sekali tertubuhnya sebuah Negara Islam walaupun satu saat,” Lord Cromer, bekas Governor-General (Penguasa Am) Mesir dan Sudan .

Lihat saja apa yang berlaku kepada Kerajaan Islam Turki pimpinan Erbakan, Kerajaan Islam Algeria dan terakhir Kerajaan Islam Palestin pimpinan Hamas.

Bagi Tanah Melayu/Malaya/Malaysia diadakan Perlembagaan di mana undang-undang manusia teratas, mengatasi undang-undang Allah.

Berlakunya perkara-perkara ini sudah pun jelas dari petunjuk Allah:

[120] Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu. (Al Baqarah 2:120)

Berdasarkan dua fakta di atas jelaslah apa yang sedang berlaku di Tanah Melayu/Malaya/Malaysia.

Perancangan bukan Islam terlencong sekejap bila Mahathir beri kebebesan kepada Anwar menjalanakan program Islam. Ini sebenarnya rancangan untuk menghadapi kebangkitan Islam di tahun-tahun 1980an.

Kini banyak program yang berlaku pada masa Anwar di dalam kabinet secara beransur-ansur dihapuskan: hapus bahasa baku, hapus kuliah zohor di jabatan-jabatan kerajaan, kembalikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar sains dan mathematics (walaupun UNESCO telah sahkan bahawa kajiannya menunjukkan mana-mana bangsa yang tidak mengguna bahasa ibunda, bahasa Melayu untuk orang Melayu, akan jadi mundur), tukar ‘bahasa Melayu’ kepada ‘bahasa Malaysia’, dll.

Sekarang sedang berlaku pula polimik antara Najib dan Setiausaha MCA dan PAS tentang samada Malaysia Negara Islam atau Negara sekular. Usaha-usaha juga sedang dibuat menyebarkan fahaman bahawa semua agama itu sama.

Kesan dari perancangan ‘kemerdekaan’ yang diberikan oleh England kepada Tanah Melayu/Malaya/Malaysia sekarang jelas dari lapuran temubual di antara Balan Moses dengan Pesuruhjaya Tingga Britain ke Malaysia Boyd McCleary. Antaranya:

“Selain dari keselamatan, terdapat hubungan sentimental di antara rakyat Malaya dengan rakyat Britan yang terbina selama 200 tahun dalam sejarah penjajahan.

Banyak jenerasi rakyat Malaysia bercakap tentang ‘masa Britain’ bila mercu pentadbiran penjajah ialah system pendidikan cemerlang dan penguatkuasaan undang-undang.

Bagi MacCleary,seperti juga bagi orang-orang lain, tradisi ini tidak tamat dengan ramai rakyat Malaysia meneruskan hubungan rapat dengan “England” sejak berdekad selepas merdeka. Sejumlah 11,500 pelajar Malaysia di Britain , kata McCleary, adalah bukti hubungan pendidikan yang dipupuk dalam masa bertahun-tahun.

“Pendidikan adalah di antara hubungan kritikal di antara Britain dan Malaysia. Terdapat lebih 80 jaringan di antara universiti-universiti yang sedang berjalan sekarang.” …

Jalinan erat tidak boleh diketepikan, memandangkan natural alingmnet di antara dua Negara yang terbina dalam masa 2 abad dalam perdagaan, kebudayan dan cara hidup.”

( Balan Moses: Opinion: Partnership based on a rich legacy New Sunday Times 15 April 2007)

Maka jelaslah jawapan kepada soalan: 50 tahun merdeka atau 50 tahun penjajahan? Jadi, perlukah kita adakan perayaan 50 tahun ini nanti?

0 Comments:

Post a Comment

<< Home