HARI ESOK

Thursday, January 12, 2006

Masalah Penagihan dadah

Masalah penagihan dadah Allah sudah selesaikan. Mengikut dunia perubatan masalah dadah utama ialah masalah arak/alcohol. Ia lebih besar dari masalah-masalah dadah lain seperti morphine, candu, ganja, kokain, ectasy, pil kuda dll.

Jadi kenapa manusia tiodak mahu mencontuhi petunjuk Allah sebagimana Nabi Muhammad saw telah berjaya menyelesaikan wabak penagihan dadah arak dalam hanya 23 tahun dengan melanksanakan 'modul Illahi'?

Penagihan dadah satu manifestasi kepada tekanan hidup (stress in life). Malah dalam tahun 60an lagi Prof. Robert Kramer dari Universiti Connecticut,U.S.A telah mengesan stress sebagai punca utama belia-belia menagih dadah .

Benarlah kata-kata ahli fikir bahawa manusia itu hasil dari persekitarannya. Jadi manusia menagih dadah kerana gagal berdepan dan menangani stress dalam hidup.

Malangnya, stress dalam hidup itu satu sunattullah. Maksud firman Allah " Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia berada dalm susah payah." (Al; Quran 90:4)

Tetapi Allah yang Maha Pemurah Dan Maha Penyayanag telah mengadakan dua jalan untuk menangani stress ini: :Dan kami telah menunjukkan kepadnya dua jalan." (Al Quran 90:10)

Satu jalan menjamin keselmatan dan kebahagian dunia dan akhirat. Satu jalan lagi membawa kepada kemusnahan.

Jalan penyelesaian masalah wabak penagihan dadah telah Nabi Muhammad saw tunjuk. Jalan ini dilaksanakan di Palestin sekarang dan berjaya mengatasi perancangan Yahudi merusakkan belia-belia Islam Palestin dengan dadah. Sebab itu penentangan terhadap Yahudi berterusan sehingga sekarang. Otak belia Palestin Islam tidak dikuasai oleh dadah. Ia dikuasai oleh Islam

Contuh kedua kejayaan mengatasi masalah wabak penagihan dadah dan mengawal pembekalan dadah, ialah di Afghanistan semasa di bawah kerajan Taliban. U.N sendiri mengakui kerajaan Taliban berjaya mengawal penanaman pokok popi berleluasa yang tidak pernah berlaku sebelum itu. Selepas kerajaan Taliban digulingkan, kini Afghanistan kembali menjadi pembekal canadu'/morphine utama dunia .

Cara yang kedua mengawal wabak penagihan dadah ialah cara yang sedang manusia 'moden' buat sekarang. Sebagai mana yang U.N pernah istihar dalam tahun 1985, penagihan dadah sudah sampai ke tahap wabak dan U.N sudah tidak ada daya upaya untuk menghapuskannya.

Dalam tahun 2000, kerjaan England menubuh satu suruhanjaya untuk mengkaji masalah penagihan dadah yang mendapati bahawa segala usaha yang kerajaan England buat dalam masa 30 tahun lepas gagal dan ia tidak nampak harapan untuk mengatasinya dalam masa 30 tahun di hadapan

Bagaimana Islam berjaya mengatasi masalah wabak penagihan dadah? Hanya dengan mengigati Allah. Di dalam Al Quran terdapat ubat pada stress: "Hai manusia, sesunguhnya telah datang kepada mu pelajaran dari Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-peenyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-oraang yang beriman." (Al Quraan 10:57)

Stress hidup menyebabkan antara lain bimbang (anxiety) dan sugul/sedih (depression) Penyakit bimbang dan sedih sekarang adalah wabak penyakit nombor satu dunia seperti yang pernah dinyatakan oleh WHO. Lebih kurang 1.5 billion dari 5 billion penduduk dunia mengalami penyakit bimbang dan sugul.

Dalam syurga lagi Allah sudah mengingatkan manusia cara untuk mengatasi anxiety dan depression ini: : "Kami berfirman: "Turunlah kamu semua dari syurga itu! Kemudian jika datang petunjuk-Ku kepada mu, maka barang siapa yang mengikuti petunjuk-Ku, niscaya tidak ada kekhawatiran (kebimbangan) atas mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati." (Al Quran 2:38)

Seterusnya Allah berfirman, maksudnya: "(iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram. ' (Al Quraan !3: 28)

Bagi mereka yang menagih akibat dari stress hidup, ini penyelesaian.

Bagi yang lain, dengan mengingati Allah mereka tidak akan menagih: " Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah, lalu Allah menjadikan mereka lupa kepada diri mereka sendiri. Mereka itulah orang-oraang yang fasik."(Al Quran 59:19)

Orang fasik ialah mereka yang derhaka kepada Allah, orang jahat.

Untuk mewujud persekitaraan yang kurang stress dan medidik manusia selalu ingat kepada Allah dan takut kepada-Nya, maka Allah mengubah pimpinan masyarakat Arab dengan melantik Nabi Muhammad saw. Baginda saw membina masyarakat dan manusia supaya sentiasa mengingati ALlah dan takut kepada-Nya.

Hanya dalam masa 23 tahun, tanpa pasukan polis besar, kewangan tinggi dan teknologi canggih, Baginda saw berjaya mengahapus masalah penagihan sebagai satu wabak nombor satu dalam masyarakat.

Inilah saja cara membenteras wabak penagihan dadah. Inilah jalan Allah yang terjamin membawa kejayaan.

Jalan lain menjamin kemusnahan dan kehancuran di dunia dan akhirat seperti yang sedang berlaku di Perancis di mana lebih dari 50% katil di hospital-hopital dipenuhi oleh pesakit-pesakit yang berkaitan dengan alcohol dan lebih dari 50% peruntukan kewangan bagi Kementerian Kesihatan Perancis terlencong untuk menyelesaikan masalah yang timbul akibat dari minum arak.

Apakah manusia masih berdegil tidak mahu kembali kepada jalan Allah?



Abu Abdillah

0 Comments:

Post a Comment

<< Home