HARI ESOK

Thursday, January 12, 2006

Anak Pintar

Assalamulaikum,
Sdr pengarang,
Saya tertarik dengan rencana tentang anak pintar.
Pada umumnya, dalam mana-mana masyarakat, terdapat lebih kurang 15 peratus orang pintar, 15 peratus yang kurang pintar dan majoritinya 70 peratus orang yang sederhana. Ini hasil kajian saintis tentang taburan IQ dalam satu-satu masyarakat seperti yang dapat kita faham dari kelok taburan normal IQ (Normal distribution curve for IQ)
Persoalannya, bagaimanakah kita hendak merealisasikan potensi yang Allah berikan kepada anak-anak kita?
Berikut ialah beberapa cadangan:
1. Setiap manusia adalah hasil dari persekitarannya. Bagi kanak-kanak, persekitarannya yang terpenting ialah keluarga.
Untuk mewujudkan keluarga yang optimum bagi pembesaran dan pertumbuhan anak-anak, maka kita perlu mengikut petunjuk Islam. Bila pilih pasangan hidup, perkara terpenting ialah agama pasangan kita. Orang Islam yang terbaik ialah dia yang berilmu dan beramal dengan Islam.
2. Bila kita tahu isteri sudah hamil, maka suami isteri mestilah meningkatkan amalan Islam mereka seperti banyak baca Quran , berzikir dan dengar ceramah agama atau berhibur dengan nasyid.
Adalah satu amalan baik bila suami membaca Quran sambil isteri berehat.
Perlu diingat bahawa kajian menunjukkan bahawa janin berumur 6 bulan dalam rahim ibu sudah boleh diajar. Dari segi islam, janin boleh dididik rohaninya sebelum umur 6 bulan.
3. Awasi makanan yang dimakan. Janin membesar dengan makanan ibu. Jesteru, suami mesti pastikan wang yang diguna untuk mendapat makanan untuk keluarga suci dan bersih. Makanan mesti dibeli dari sumber-sumber yang halal, i.e se boleh-bolehnya dari pembekal atau penjual makanan halal yang disediakan oleh orang-orang Islam. Nabi Muhammad saw memberi ingat bahawa daging yang tumbuh dari makanan haram tempat terbaik baginya ialah neraka.
4. Allah menetapkan makanan bagi kanak-kanak berumur 2 tahun kebawah ialah susu ibu. Sekira tidak mampu, tidak berdosa kalau diberi upah kepada ibu susuan. Allah tidak suruh beri susu lembu sebagai gantian. (Al Quran: 2:233)
Sekarang sudah sah bahawa dalam susu lembu tidak terdapat zat-zat yang diperlukan oleh otak manusia untuk pembesaran dan pertumbuhan. Perlu diingat bahawa otak kanak-kanak sudah membesar lebih kurang 85% bila berumur 2 tahun dan 95% bila berumur 8 tahun.
BIla ibu terpaksa bekerja, ibu boleh perah susu dua kali, satu selepas isya' dan satu lagi selepas subuh. Susu disimpan di bahagain air minum dalam peti ais dan boleh tahan selama 24 jam. Beritahu penjaga supaya susu direndam dalam air panas sebelum diberi kepada bayi. Bila susu disimpan menjadi ais, ia tahan selama 3 bulan.
Masalah ini hanya sehingga bayi berumur 6 bulan. Selepas 6 bulan, bayi diberi makanan dan air masak.
Beri bayi nasi, jangan beri nestum atau makanan kilang lain..
5. Perentah Allah yang pertama kepada manusia ialah 'Iqra' (Baca!). Maka bayi hendaklah diajar membaca seawal mungkin. Lebih awal diajar membaca lebih senang.
Sepuluh anak saya semuanya pandai membaca sebelum pergi ke sekolah. Yang paling cepat dapat membaca berumur 21/2 tahun dengan mengguna gabungan kaedah flash-card (kaedah Doman) dan phonetics. Cara ini paling sesuai untuk mengajar bahasa Melayu.
Bila kanak-kanak pandai membaca, mereka akan kurang berminat kepada TV. Ibu-bapa perlu ingat bahawa di US TV itu dipanggil 'idiot box' (kotak bodoh). Lebih banyak orang menonton TV lebih rendah IQnya!.
Ibubapa guru terbaik untuk kanak-kanak. Malah, kanak-kanak adalah cermin kepada ibu-bapanya. Jadi kalau hendak anak minat membaca, maka ibu-bapa perlulah juga banyak membaca.
6. Bina pemikiran cara Islam. Anggota paling penting bagi manusia ialah otak. Jesteru otak perlu dibina supaya dapat berfungsi semaksimum mungkin. Dan caranya ialah dengan membina pemikiran cara Islam.
Allah berpesan, maksudnya: iaitu orang yang beriman, hatinya menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram. "(Al Quran Ar Rad : 28)
Bila kita mengaitkan semua perkara dengan Allah, maka kita tidak akan bimbang dan sedeh. Allah itu Maha Pemurah dan Maha Penyayang.
Dalam keadaan hati kita tenteram, otak kita dapat berfungsi dengan baik dan semaksimum mungkin.
Pembinaan pemikiran cara Islam satu perkara besar yang tidak mapu dimuatkan dalam ruang yang terhad ini.
Sekian. Wasalam.
Abu Abdillah.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home