Kebebasan beragam
- Abu Abdillah said...
Tidak ada paksaan dalam agama. Kamu bebas untuk memilih apa agama sebagai satu sistem hidup, tetapi bila kamu se orang Islam kamu terikat dengan segala undang-undangnya, seperti bila kamu menjadi se orang anggota tentera atau polis atau ahli bogel (nudist group).
Saya se orang Msulim komited kepada Islam. Saya tidk tertarik kepada lain-lain sistem yang ada sekarang.
1. Yahudi zionisma
Sistem ini sedang berkuasa di Israel.
Ia memerentah dengan segala kezaliman (membunuh, merampas harta, rumah tanah dll) terhadap semua goyim, istillah Yahudi zionisma terhadap orang bukan Yahudi, Islam, Kristian dan lain-lain.
Di kalangan mereka terdapat diskriminasi. Orang Yahudi negro dari Ethiopia ditindas. Orang yang tidak ada kaitan darah/ keturunan dengan Yahudi amat susah untuk masuk Yahudi.
2.Agama Kristian
Agama Kristian dengan konsep tiga dalam satu (trinity), dosa asal (original sin) dan Jesus Christ sebagai penyelamat tidak dapat meyakinkan intelek saya.
Lagi pula bagaimanakah agama ini boleh terima perkahwinan sejenis (homosek dan lesbian) seperti dibenarkan oleh beberapa buah gereja di Amerika Syarikat (A.S) (A.S mempunyai presiden 'born again Kristian' yang mengistihar perang salib terhadap Iraq)?
Sejarah membuktikan kezaliman penyebar agama Kristian bila mereka melakukan 'inquisition' ( paksaan keluar agama untuk masuk Kristian) yang pernah berlaku di Sepanyol sehinggakan kaum Yahudi terpaksa lari ke negara Islam di Afrika untuk meneruskan hidup. Yang lainnya dibunuh sekiranya tidak mahu bertukar agama ke agama Kristian. Perkara yang sama berlaku terhadap golongan Islam dan bukan Islam di Filippina bila Kristian Sepanyol menjajah negara itu.
3. Demokrasi ala Westminister
Sistem ini diguna pakai di England. Apa punya sistem yang baru-baru ini meluluskan perkahwinan sejenis? Penyanyi pujaan ramai Elton John menadahului 'perkahwinan' sejenis ini dan akan diikuti beratus pasangan lain.
Sistem ini juga memberi secara percuma kondom kepada kanak-kanak berumur tiga belas tahun ke bawah. Ini kah sistem yang kita mahu untuk anak-anak kita?
England mempunyai kadar kelahiran luar nikah bagi belia-belia tertinggi di Eropa dan mungkin di dunia. Mahukan kita ada anak atau cucu bastard/luar nikah?
Inilah juga sistem yang sedang berusaha untuk membenarkan, dari segi undang-undang, pelacuran. Mahukah kita melihat isteri atau anak-akan kita jadi pelacur? Sekiranya undang-undang ini berkuat-kuasa, kita tidak boleh menghalang mereka kerana 'ini menyekat hak kebebasan mereka dan kita boleh dilapor ke Badan Hak-Hak Asasi Manusia!!!'
4. Sistem komunis (Russia dan Cina)
Sistem ini tajaan Yahudi Zionis ( Baca buku Protokol Yahudi). Ia sudah berkubur. Apa yang sedang berjalan di Cina ialah sistem komunis campuran sistem kapitalisma.
5. Sistem Perancis
Apa punya sistem yang menyebabkan lebih dari 50% peruntukan bagi Kementerian Kesihatan, terpaksa dibelanja bagi penyelesaian masalah akibat dari meminum arak/alkohol dan lebih dari 50% katil-katil di hospital dipenuhi oleh pesakit-pesakit akibat dari minum alkohol?
Sistemnya tidak membenarkan wanita Islam bertudung dan orang Sikh memakai turban. Inikah sistem yang kita mahu?
Baru-baru ini berlaku rusuhan di Perancis akibat dari kemarahan segolongan rakyat Perancis yang miskin.
Apakah ini sistem ekonomi yang kita mahu, yang membenarkan kewujudan jurang terlalu luas di antara yang kaya dan yang miskin sehinggakan tercetus huru-hara negara?
4. Sistem Hindu
Ini berjalan di India. Bila saya ke Bombay (Mumbai sekarang) dalam tahun 80an, saya melihat kandang-kandang lembu di celah bangunan tersergaam (saya sampai waktu malam). Amat terkejut saya bila ke esokan harinya saya dapati bahawa bangunan-bangunan itu ialah kediaman oraang-orang miskin!
Dalam sistem hindu terdapat kasta di mana golongan tertinggi ialah Brahmin dan terbawh ialah golongan pariah. Satu masa dulu berduyong-duyong golongan pariah ini menukar agama kepada Islam.
Apakah kita mahu sistem berkasta ini?
5. Sistem Jepun
Manusia terpesona dengan kemajuan ekonomi Jepun. Tetapi, tahukah kita di Jepun terdapat golongan Cina yang merupakan golongan termiskin kerana tidak dapat pembelaan?
Lagi pula, kita masih ingat apa yang Jepun buat bila mereka berkuasa di Tanah Melayu dulu, seperti mana apa yang mereka lakukan di benua Cina dan Korea Selatan.
Apakah kita mahu satu sistem yang memadang baik harakiri ( membunuh diri)?
Ini antara peringatn ALlah tentang kegagalan manusia mengurus hidup mereka dan dunia dengan undang-undang cipataan manusia. Kalau kita masih tidak mengambil pelajaran dari peringatan-peringatan ini, akan datanglah kehancuran. Maksud firman Allah:
"Apabila mereka telah melupakan peringatan yang telah diperingatkan kepada mereka, maka Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala ni'mat kesenangan sehingga apabila mereka begitu gembira dengan ni'mat-ni'mat yang dikurniakan kepada mereka, maka Kami binasakan mereka secara mendadak lalu mereka berputus asa." ( Al Quran 6:44)
Lihat apa yang ALlah lakukan kepada kaum 'Ad, kaum Luth dan bandar Pompey dan kepada berbgai kaum lagi dalam sejarah.
Bila manusia lupa kepada ALlah, mereka jadi jahat. Dan kejahatan mendatangkan antaranya penyakit=penyakit pelek. Maksud hadis Nabi Muhammad saw:
"Tidaklah perilaku keji terlihat nyata di tengah-tengah suatu kaum, kecuali akan datang penyakit-penyakit menimpa mereka, yang tidak pernah menimpa orang-orang sebelum mereka"
(Cerama Hasan Al Banna m.s 29).
Penjelmaan penyakit-penyakit baru seperti HIV/AIDS, RDS dan Selsema burung akhir-akhir ini menjadi bukti kepada kebenaran hadis ini.
Inilah antara sebab-sebabnya saya menolak apa saja sistem buatan manusia dan terus komited kepada sistem Islam.
Abu Abdillah.