HARI ESOK

Friday, June 18, 2010

Membendong ajaran sesat

Membendong ajaran sesat


“Sultan Selangor mahu ajaran sesat dibendung Jun 18, 10 6:02pm
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, hari ini menitahkan supaya kerajaan negeri khususnya Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memastikan peraturan dan garis panduan penceramah dipatuhi supaya tidak wujud penularan sebarang ajaran sesat yang boleh merosakkan akidah umat Islam.

Baginda bertitah, penceramah dan tenaga pengajar seharusnya mempunyai tauliah yang diiktiraf untuk mengajar dan berceramah di masjid atau surau, dan JAIS perlu sentiasa peka dan mengawasi aktiviti di masjid dan surau supaya penyebaran ajaran sesat dapat dipantau dengan teliti, sekali gus membolehkan tindakan segera diambil.”( Malaysiakini memetik berita dari BERNAMA)

Ajaran salah bukan perkara baru . Ia pernah berlaku di zaman khlaifah Ali r.a. Bagaimanakah khalifah Ali r.a menangani masalah ini?

Pada satu ketika orang mengadu kepada Khalifah Ali bahawa terdapat orang mengajar ajaran salah di masjid. Pengadu mengharap Khalifah akan ambil tindakan terhadap penceramah itu.

Apa tindakan Khalifah?

Khalifah berkata, sekira benar itu berlaku, dia menyuruh pengadu supaya berhujah dengan penceramah di masjid. Ini caranya untuk membetul serta merta satu kesalahan supaya pendengar tidak dipengaruhi oleh ajaran salah. Ia juga menjamin agar perentah Nabi Muhammad s.a.w supaya orang Islam menyebar walau pun satu ayat darinya, tidak disalahguna.
Bagaimana untuk melaksanakan nasihat Khalifah Ali r.a?

Yang amat penting ialah mutu imam dan ahli jawatankuasa masjid (AJK). Imam dan AJK masjid mestilah terdiri dari mereka yang benar-benar alim dan sentiasa berjemaah di masjid. Sekarang terdapat perlantikan imam dan AJK berdasarkan politik. Juga terdapat kadangkala imam dan AJK yang dilantik tidak hadhir berjemaah.

Masjid mestilah benar-benar berperanan sebagai pusat gerakan masyrakat, dan ini termasuk memberi kebebesan untuk sesiapa berceramah dan melaksanakan perintah Nabi Muhammad s.a.w supaya setiap orang menyebarkan walau pun satu ayat dari Baginda s.a.w. Tugas imam dan AJK, juga para makmum, ialah untuk berhujah dengan penceramah sekiranya terdapat ajaran salah yang disampaikan. Dengan begini makmum bolehlah serta merta menilai penceramah itu. Dengan cara ini akan terkawallah penyebaran ajaran salah.